Meow..Tiada lagi
4:50 pm
Assalamualaikum.. :(
Bulan lepas Garry (nama kucing saya) hilang tanpa berita. Satu-satunya kucing
kesayangan saya dan keluarga. Kata orang kalau kucing hilang secara tiba-tiba
tandanya kucing tersebut telah mati. Tapi sejauh mana kesahihannya saya pun
kurang pasti. Mungkin benar dan mungkin secara kebetulan. Takpelah dalam hati
saya redha aje kalau Garry benar-benar telah mati. Andainya Garry masih hidup
semoga masih ada insan yang sudi menjaga dia. Amen.
Dua hari lepas, badan Mika kesejukan dan lemah tidak
bermaya. Saya angkat dia. Mulutnya berair. Tak tahu apa penyakitnya. Saya
sangka Mika akan sembuh tak lama lagi. Tapi tidak. Malah saya telah
kehilangan dia untuk selamanya.
Keesokkan harinya Mika telah hilang dan dijumpai oleh emak di luar rumah dengan
keadaan yang sangat menyedihkan. Saya tak sanggup nak tengok. Luluh hati ini.
Kucing yang kita lihat sihat berlari, bermain, tiba-tiba jasadnya tidak
bergerak lagi tanpa sebab yang kita tahu. Allahu..
Hari ini, jam 9.00 pagi, 9 November 2016, Seekor lagi kucing
saya bernama Oyen telah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Cuaca mendung turut
menyelubungi kesedihan di hati kami. Sejak mendapat tahu Oyen telah tiada, air
mata bagaikan tidak tertahan seperti kehilangan sesuatu yang menjadi penyeri keluarga kami. Hanya Tuhan
yang mengetahui perasaan ini. Biar pun seekor kucing, mereka adalah sebahagian
daripada keluarga ini.
Seakan tidak percaya akan kematian mereka (Oyen dan Mika)
mereka ini dua beradik yang saya ambil (bela) sejak kecil. Rasanya baru semalam
bermain dengan mereka. Kini jasadnya sudah tiada. Yang tinggal hanyalah kenangan,
gambar-gambar sahaja dan parut di jari.
Sekarang hanya seekor kucing bernama Mi’u. Keadaanya juga
agak lemah. Tidak mahu makan dan minum. Hanya tidur sepanjang hari.
-SEKIAN-
Luahan hati kecil, si
pencinta kucing.
0 comments