My Graduation Day

6:20 pm


27 Oktober lalu saya telah pun bergelar alumni Uitm. Perasaan gembira, teruja, sebak, telah saya rasa. Selama dua tahun setengah mengejar ilmu bersulamkan perit dan lelah akhirnya berjaya menamatkan diploma Pengurusan Pejabat & Teknologi. Alhamdulillah. 

Terima kasih buat kedua ibu bapa tercinta kerana selalu memberikan kata-kata semangat di saat anakmu ini jatuh, dan doa yang tak lekang di bibir. Juga tidak lupa terima kasih buat para pensyarah yang tidak pernah jemu mendidik dan berkorban masa dan tenaga buat saya dan rakan-rakan. 

Picture with bff, Kak Eyda
Perasaan saya setelah berada dalam Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM yang pertama ialah teruja saat menunggu giliran nama saya dipanggil untuk naik ke pentas sambil diperhatikan oleh kedua ibu bapa tercinta, para pensyarah, dan beribu graduan serta tetamu jemputan yang hadir. Kedua, gembira kerana Berjaya menamatkan diploma dalam masa dua tahun setengah bersama-sama rakan seperjuangan.

Tahniah untuk kita semua sahabat! Alif, fakhrul, danny, yaya, mai, nina, syer, kak aina, kak eyda, kak ana, roby, atikah, kak syima, farah.  Ketiga, penat lelah selama ini seakan hilang setelah Berjaya menamatkan pengajian. Kemudian, bermulalah langkah baru untuk mengejar impian..Dunia sebenar yang mencabar lagi penuh dugaan. 

Banyak lagi ilmu, pengalaman, yang perlu di timba untuk mematangkan diri ini. May Allah guide me and ease everything. Amen.

Sekadar pesanan sayang buat adik-adik dan siapa saja yang sedang melanjutkan pelajaran..tak kira la bidang apa sekali pun diploma, ijazah, ijazah sarjana muda, master, ataupun phd, belajarlah dengan bersungguh-sungguh. Jangan mudah berputus asa, jaga diri, jaga  akhlak, jaga prestasi pelajaran. Jangan hampakan ibu bapa kita sebaliknya banggakan mereka. Jika mampu untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi baik. Good luck okay!




You Might Also Like

0 comments