Sunah Berkaitan Dengan Adab Tidur

12:30 pm


Daripada apa yang saya baca dalam sebuah buku karya Haifa binti Abdullah ar-Rasyid, di sini saya simpulkan beberapa adab-adab yang berkaitan dengan tidur. 

Membersihkan tempat tidur semasa hendak tidur.

Daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w bersabda:

“Apabila salah seorang di antara kamu hendak tidur, hendaklah dia mengibaskan (membersihkan) tilamnya dengan bahagian dalam kain sarungnya, kerana dia tidak tahu apa yang ada di atas tilamnya”.

Hadis ini menganjurkan kita untuk membersihkan tempat tidur sebelum tidur supaya kita dapat mengusir binatang yang berbahaya.

Meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan.

Ketika hendak tidur kita hendaklah meletakkan tangan kanan di bawah pipi, sambil membaca doa: Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu aku mati dan hidup. Kemudian, apabila terbangun dari tidur, kita haruslah membaca: Segala puji hanya bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah Dia mematikan kami dan hanya kepada-Nyalah kami dibangkitkan.

Keutamaan berzikir semasa bangun tengah malam.

Menurut Al-Hafiz, Ibnu Battol menyarankan, “sesiapa yang terbangun hendaklah mengucapkan kalimat tauhid, menyebur segala kerajaan hanya milik Alla, pengakuan akan limpahan nikmat-Nya dan memuji-Nya. 

Mengusap muka dengan kedua tapak tangan semasa bangun tidur

Menurut an-Nabawi, ada hadis menjelaskan, Nabi mengusap muka baginda dengan tujuan membersihkan wajahnya, bekas tidurnya. Oleh itu, sunat mengusap muka apabila bangun dari tidur.

Amalan sunat yang boleh dilakukan oleh orang yang bangun di tengah malam ialah:

Mengusap wajahnya dengan kedua tangannya.
Menatap langit sekiranya boleh
Membaca 10 ayat terakhir surah Ali Imran.

You Might Also Like

3 comments