OK! Jom Berlari
1:34 am
Semalam saya mengikuti Program Berjalan 10 ribu langkah
sempena Hari sukan sedunia. Jadi, hari ni saya nak stori pasal berlari..
--------------------------------------------------------------------------
Aktiviti berlari kini menjadi satu aktiviti fizikal
kegemaran ramai pada masa ini. Banyak acara larian di anjurkan pada setiap
mingu yang mendapat sambutan begitu menggalakkan pelbagai peringkat umur.
Kita boleh menjadikan berlari samada untuk meningkatkan
tahap kesihatan, menurunkan berat badan, aktiviti bersosial bersama pasangan,
ahli keluarga atau rakan. Bagi sesetengah orang pula aktiviti berlari menjadi
satu aktiviti bersifat kompetitif menerusi acara larian tertentu.
Banyak faedah menerusi aktiviti berlari antaranya
ialah dapat mengurangkan asma, mengurangkan pelbagai risiko penyakit tidak
berjangkit (penyakit jantung, diabetes dan darah tinggi), merendahkan paras
kolesterol, menguatkan system imunisasi, menguatkan tulang, meningkatkan
kualiti tidur, meningkatkan ketangkasan, membantu memanjangkan hayat seseorang,
meningkatkan tahap kecerdasan seseorang dan banyak lagi.
Antara Teknik berlari dengan betul ialah :
Berlarilah dengan perlahan mengikut keselesaan dan
kemampuan. Nikmatilah aktiviti larian dengan tenang. Kemudian, tingkatkan kelajuan secara perlahan-lahan
jika anda mampu melakukannya. Semasa berlari anda sepatutnya boleh
bercakap. Jika anda tercungap-cungap ia
bermakna intensiti larian anda terlalu tinggi dan perlu memperlahankannya.
Anda sendiri tentukan tujuan sebenar anda berlari samada
untuk stamina, kasihatan, menurunkan berat badan ataupun untuk kompetitif.
Tips berlari:
Sasarkan untuk berlari sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
Sasarkan untuk berlari 10 minit berterusan. Tingkatkan
mengikut keupayaan dan teruskan berlari sekurang-kurangnya 20-30 minit secara
berterusan.
Pemilihan kasut adalah sangat penting untuk memastikan
kelancaran larian. Ia boleh mengurangkan kecederaan semasa berlari.
Air membantu membekalkan semula cecair yang keluar semasa
berlari. Dengan cuaca di Malaysia yang agak panas, air sangat penting. Pelbagai
komplikasi boleh berlaku akibat kekurangan air dalam badan.
Gambar: Perserta berjalan 10 ribu langkah |
Pisang adalah makanan yang paling disukai pelari. Selain
memberikan tenaga, pisang juga mudah dicerna. Buah ini juga kaya dengan
karbohidrat, magnesium, serta kalium yang bermanfaat bagi pelari. Malah, buah
ini memberi tenaga dan menggantikan zat yang hilang dari keringat semasa
berlari.
Fakta lain tentang berlari ialah ketika berlari, jantung
manusia menciptakan tekanan yang mampu menyemburkan darah sejauh 10 meter!
Berlari juga lebih menguatkan tulang berbanding aerobic yang lain. Berlari
secara rutin biasa mendorong kita melakukan minima kesalahan, meningkatkan
konsentrasi, dan menguatkan ingatan.
Utamakan Kesihatan,Sihat Sepanjang Hayat! Selamat Hari Sukan
Sedunia dari saya <3
Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda semua. Terima
Kasih.
Sumber:
Sumber:
Kidnesia.com Girls
0 comments