Khasiat Kacang Kelisa

2:30 pm

Fresh Kacang Kelisa from my vegetable garden
Kacang kelisa kalau masak campur dengan sambal ikan bilis sedap ni. Buat ulam cicah dengan sambal belacan lagi sedap. Kan..kan? Tambahan pulak sayur yang dipetik fresh dari pokoknya. Lain tau rasa sayur yang kita tanam sendiri dengan yang beli di kedai. Rasa dia manis, segar, dan kita sendiri tau tahap kebersihan serta selamat dari racun sayur yang berbahaya. Jadi, sejak dah tamat study ni..saya banyak habiskan masa dengan hobi yang salah satunya gardening ni. Saja  buat mini vegetable garden kat belakang rumah. 

Saya memang suka tanam sayur-sayuran berbanding bunga..sebabnya sayur boleh makan. Bila dia mengeluarkan hasil seperti buah, saya akan rasa teruja tak sabar nak makan,nak bagi dekat jiran-jiran. Lagi pun kacang kelisa ni antara sayur yang lama life span berbanding sayur yang lain. Malah, buahnya banyak sampai tak termakan. Sebenarnya, gardening ni bagi saya satu kepuasan bagi kita yang minat bila dapat tuai, masak, dan bagi orang lain makan apa yang kita tanam. Diri sendiri dapat makan sikit pun dah cukup.

Mungkin ada yang tertanya apa khasiat kacang kelisa ni kan? Jom saya terangkan. 

Khasiat

Sebenarnya, kacang kelisa ni bukan sekadar kita boleh makan buahnya sahaja, tapi keseluruhan pokok kacang kelisa ni boleh dimanfaatkan.

Lenggai mudanya yang digunakan sebagai sayur atau ulam merupakan bahagian tumbuhan yang paling banyak dimakan, dan boleh dituai dalam tempoh 2-3 bulan selepas penanaman.

Buah yang muda dan lembut dijadikan sayur mentah, digoreng, dibuat kerabu atau jenis makanan lain dan ia mempunyai rasa yang hampir sama dengan pucuk asparagus.

Bunga sering digunakan untuk mewarnakan beras dan pastri.

Daun muda boleh dimasak sebagai sayur daun dan rasanya hampir serupa dengan daun bayam.

Ubinya yang mempunyai perisa seperti kacang tanah boleh digunakan sebagai sayur berubi dan ia hampir serupa dengan ubi kentang. Akar pokok ini lebih kaya protein berbanding ubi kentang. Ia amat digemari di Papua New Guinea dan juga amat popular di negara Myanmar sebagai juadah makanan.

Biji yang masak telah diiktiraf sebagai makanan yang berkhasiat kerana mengandungi banyak protein seperti kacang soya. Biji kacang kelisa boleh diproses seperti kacang soya iaitu dijadikan pelbagai produk yang boleh dimakan atau diminum.

Perubatan. 

Dari segi perubatan pula, ramai berpendapat daun kacang kelisa boleh dibuat teh dan sesuai digunakan sebagai ubat pencuci mata yang bengkak serta bisul dan kudis. Daun ditumbuk lumat dan ditampal pada bisul. Daun dan biji kacang kelisa dimasak dan dimakan untuk mengubati penyakit kulit seperti bisul dan ulser. Manakala akar direbus dan diminum untuk merawat penyakit vertigo. Namun, rawatan ini masih memerlukan kajian yang lebih mendalam.

Wah..banyak kan khasiat kacang kelisa ni. Rugi kalau tak makan. Ulam-ulaman ni dah lama di amalkan oleh nenek moyang kita dulu. Justeru, menjadikan mereka sihat sepanjang hayat dan kurang penyakit berbahaya. Selamat beramal! 

Rujukan: Khasiatherba


You Might Also Like

0 comments