Victoria Bridge, Malaysia

8:50 pm

This Photo was taken at Victoria Bridge, Karai.


Merupakan  jambatan kereta api antara yang tertua merentangi Sungai Perak di Pekan Karai, Kuala kangsar. Terletak kira-kira 4km dari Jambatan Iskandar.

Dirasmikan pada 21 march 1900 oleh Sultan Idris Mursyidul Azam Shah, Sultan Perak pada ketika itu dan turut dihadiri oleh Sir Frank Swettenham, Resident-General FMS, dan Sir John Pickersgill Rodger, Pemangku Residen British. 
Queen Victoria - Source: Google
`Victoria Bridge’ telah dinamakan bersempena nama Ratu Victoria dimana pada ketika itu ialah zaman pemerintahan beliau. 

Kini, Victoria Bridge sudah tidak digunakan sejak 2002, oleh kerana sebuah jambatan konkrit yang baru telah dibina untuk mengambil alih tugas jambatan kereta api ini. Namun, jambatan ini masih diguna oleh penduduk berdekatan berjalan kaki dan penunggang motosikal untuk menyeberangi sungai Perak. 

Tambahan, Jambatan besi ini telah menjadi tarikan pelancong untuk berkunjung ke sini kerana ia merupakan tempat yang cantik untuk mengambil gambar. Selain, kaya dengan sejarahnya sendiri.

Antara fakta menarik tentang Victoria Bridge ialah pernah dikatakan sebagai jambatan keretapi terbesar di bahagian timur di luar India oleh Sir Frank Swettenham. Jambatan besi ini mempunyai 6 batang tiang kukuh diperbuat daripada bata merah dan pernah dibom oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

Rujukan: 

1    1. Travel Tips.com Victoria Bridge 
2. Wordpress.com Sembang Kuala
3. Blogspot.com Moh ke Perak
4. Wikipedia.org Victoria Bridge

You Might Also Like

1 comments