My Trip To Ulu Bendul, Kuala Pilah

10:00 am

Gambar: Pintu masuk

Entri kali ni saya nak throwback sikit trip ke Ulu Bendul tahun lepas. Genap setahun dah. Tapi masih segar dalam ingatan saya memori itu. 

Taman rekreasi Ulu Bendul terletak kira-kira 20km dari Bandar Seremban dan 20km dari Bandar Kuala Pilah melalui jalan Seremban-Kuala Pilah.  Terletak di dalam Hutan Simpan Angsi yang merupakan jenis hutan dipterokarpa pamah. Taman rekreasi ini dibuka dari jam 7:00 pagi hingga 6:00 petang. 

Bagi orang yang suka akan keindahan alam semulajadi, bunyi air terjun, suasana yang sejuk dan tenang, macam saya tempat ni memang best! Taman rekreasi Ulu Bendul  juga sesuai untuk aktiviti perkhemahan, bercuti atau berkhelah bersama keluarga dan kawan-kawan. Di sini terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan antaranya surau, chalet, tandas awam, gerai makan, kedai menjual cenderahati, tapak perkhemahan dan banyak lagi. 

Gambar: Di atas jambatan gantung
Selain sungai dan air terjun, saya sempat berjalan di atas jambatan gantung sambal menikmati keindahan flora yang menghijau dan nyaman. Dan berselfie..weeee :D

Kemudian, kami pergi melawat `encik sawa’. Tak jauh dari sungai tapi kena daki bukit. Fuhh kurang lemak 10kg hha. Gambar ‘encik sawa’ takda sebab dah excited jumpa kucing gemok ni pulak. Gebus gila bulu dia. Berat, dah macam dukung budak kecik yang montel..hhe

Gambar: Di taman Ular

Last but not least, saya boleh cadangkan untuk anda pergi ke Taman Rekreasi Ulu Bendul ni sebagai salah satu daripada aktiviti hujung minggu anda. Tak perlu banyak belanja pun. Tapi apa-apa pun, sebelum pergi bercuti rancang dulu perjalanan anda supaya tidak tertinggal barang dan aktiviti berjalan dengan lancar. Selamat bercuti :)


 
 

You Might Also Like

0 comments